Tuesday 22 November 2011

Cara mengajar anak MATEMATIK

Ramai ibubapa menerima matematik bukan merupakan subjek kegemaran bagi anak mereka di sekolah. Ramai juga mengakui matematik sekarang memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka, karier dan akan diperlukan untuk masa depan anak-anak mereka sendiri.

Menghabiskan waktu dengan anak untuk membuat matematik dapat membantu membangun kompetensi matematik yang kuat untuk mencapai hasil yang berkesan. Jadi bagaimana ibubapa boleh membantu anak-anak mereka?


Sunday 20 November 2011

BAHAGI


CADANGAN
Memandangkan jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid terdiri daripada tiga punca iaitu cuai, tidak tahu sifir dan tidak membaca dengan lebih teliti; berikut adalah beberapa cadangan bagi mengatasinya: 
1.     Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran  seperti nilai tempat sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu serta menulis nombor mengikut nilai tempat dan sifir darab. Murid mesti cekap dalam operasi darab dan cekap menggunakan sifir darab. Murid boleh diminta melafazkan sifir darab tertentu sebelum permulaan kelas bagi mengingat kembali sifir itu. Memperbanyakkan latihan darab juga dapat membantu ke arah ini.

2.    Lebih tumpuan harus diberi kepada operasi bahagi yang asas dengan nombor ringkas. Pada   peringkat awal pengenalan operasi bahagi fakta asas bahagi ini hendaklah ditekankan. 

3.    Menyemak jawapan dijadikan amalan murid. Selepas selesai mengira semakan jawapan boleh dibuat iaitu mendarab jawapan dengan pembahagi.

4.    24 ÷ 3 = 8 
Guru jelaskan apabila didarab jawapan dengan pembahagi akan menghasilkan yang dibahagi. Secara ringkasnya 
 Semak: Jawapan x pembahagi = yang dibahagi 
8     x       3          =     24 

5.     25 ÷  3 = 8 baki 1
Guru mengingatkan murid apabila ada baki, langkah pertama
adalah   mendarab jawapan dengan pembahagi. Kemudian langkah
kedua pula menambahkan  baki kepada jawapan dalam langkah pertama. 
8 x 3 = 24 
24 + 1 = 25 
 Secara ringkasnya 
Semak: jawapan  x  pembahagi  +  baki = yang dibahagi



6.    8       x        3          +    1    =    25 
Secara tidak langsung, murid mendapat latihan  pengiraan yang melibatkan operasi bercampur.

7.    Sentiasa merujuk kepada sifir ketika mengajar operasi bahagi 
   
1  x  7  = 7 
    2  x  7  = 14
 
http://mptkl.tripod.com/rnd/bahagi5.gif 
       
9 x  7 = 63

8.      Membuat anggaran jawapan digalakkan. Sebagai contoh (Rujuk soalan 2 Ujian Diagnostik II), murid boleh dengan mudah mengira wang yang diterima oleh 10 orang iaitu RM 910.80 . Anggarkan wang yang diterima oleh 12 orang ( bilangan orang lebih 2 daripada 10 ) amaun yang kurang sedikit daripada RM910.80 iaitu antara RM700 –RM800. Kirakan amaun/jumlah yang sebenar diterima dan bandingkan dengan amaun yang dianggarkan tadi. 

9.    Guru perlu kemukakan pelbagai masalah yang melibatkan operasi bahagi dan juga operasi bercampur . Ini dapat mengelakkan murid mengeluarkan nombor-nombor terlibat dan melakukan operasi bahagi tanpa membaca soalan. Apabila operasi bercampur terlibat, murid perlu membaca dengan teliti bagi mempastikan langkah pengiraan serta operasi yang terlibat.

KOTAK SIFIR

Untuk maklumat lanjut, sila tekan
http://eprints.utm.my/11928/1/Keberkesanan_Kaedah_Petak_Sifir_Dalam_Penguasaan_Fakta_Asas_Darab_Dalam_Matematik_Tahun_4.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...